Showing posts with label PEMERIKSAAN KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label PEMERIKSAAN KESIHATAN. Show all posts

Ujian saringan HIV pra perkahwinan

Pemeriksaan Ujian Saringan HIV merupakan syarat permohonan kebenaran berkahwin. Ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:
  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.
Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

MAKLUMAT UMUM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Prosedur Ujian Saringan HIV
  • Pemeriksaan Ujian Saringan HIV merupakan syarat permohonan kebenaran berkahwin di Wilayah-wilayah Persekutuan.
  • Borang Pemakluman Keputusan Ujian Saringan HIV yang boleh didapati/ dimuatturun daripada laman web  JAWI  atau melalui  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)
  • Senarai klinik boleh dirujuk melalui laman web  JAWI.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 
Ujian Saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Setiap pemohon yang akan berkahwin dalam Negeri Selangor  DIWAJIBKAN  menjalani pemeriksaan ujian saringan HIV di klinik-klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital Kerajaan dalam dan luar Negara termasuk Hospital  Government Link Company (GLC)  yang terpilih sahaja.
  • Sekiranya ujian saringan HIV telah dibuat di klinik swasta, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dari klinik Kesihatan Kerajaan atau Hospital Kerajaan.
  • Laporan ujian saringan HIV hanya sah digunakan dalam tempoh  6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan dijalankan. Pemohon hendaklah melakukan semula ujian sekiranya telah tamat tempoh 6 bulan tersebut.
  • Sekiranya keputusan HIV pemohon positif, maka pemohon disaran mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).