MAKLUMAT UMUM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Prosedur Ujian Saringan HIV
  • Pemeriksaan Ujian Saringan HIV merupakan syarat permohonan kebenaran berkahwin di Wilayah-wilayah Persekutuan.
  • Borang Pemakluman Keputusan Ujian Saringan HIV yang boleh didapati/ dimuatturun daripada laman web  JAWI  atau melalui  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)
  • Senarai klinik boleh dirujuk melalui laman web  JAWI.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 
Ujian Saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Setiap pemohon yang akan berkahwin dalam Negeri Selangor  DIWAJIBKAN  menjalani pemeriksaan ujian saringan HIV di klinik-klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital Kerajaan dalam dan luar Negara termasuk Hospital  Government Link Company (GLC)  yang terpilih sahaja.
  • Sekiranya ujian saringan HIV telah dibuat di klinik swasta, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dari klinik Kesihatan Kerajaan atau Hospital Kerajaan.
  • Laporan ujian saringan HIV hanya sah digunakan dalam tempoh  6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan dijalankan. Pemohon hendaklah melakukan semula ujian sekiranya telah tamat tempoh 6 bulan tersebut.
  • Sekiranya keputusan HIV pemohon positif, maka pemohon disaran mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).