Showing posts with label MAKLUMAT UMUM. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAT UMUM. Show all posts

MAKLUMAT UMUM KURSUS PRAPERKAHWINAN


Kursus PraPerkahwinan merupakan syarat-syarat permohonan kebenaran berkahwin di Malaysia.

Bagi negeri-negeri yang menggunakan SPPIM, permohonan kursus PraPerkahwinan adalah secara online. Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secaraonlinepada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perak dan Perlis sahaja (maklumat sehingga September 2018).
Pemohon boleh membuat semakan jadual kursus melalui Portal  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

MAKLUMAT UMUM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Prosedur Ujian Saringan HIV
  • Pemeriksaan Ujian Saringan HIV merupakan syarat permohonan kebenaran berkahwin di Wilayah-wilayah Persekutuan.
  • Borang Pemakluman Keputusan Ujian Saringan HIV yang boleh didapati/ dimuatturun daripada laman web  JAWI  atau melalui  Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)
  • Senarai klinik boleh dirujuk melalui laman web  JAWI.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 
Ujian Saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Setiap pemohon yang akan berkahwin dalam Negeri Selangor  DIWAJIBKAN  menjalani pemeriksaan ujian saringan HIV di klinik-klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital Kerajaan dalam dan luar Negara termasuk Hospital  Government Link Company (GLC)  yang terpilih sahaja.
  • Sekiranya ujian saringan HIV telah dibuat di klinik swasta, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dari klinik Kesihatan Kerajaan atau Hospital Kerajaan.
  • Laporan ujian saringan HIV hanya sah digunakan dalam tempoh  6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan dijalankan. Pemohon hendaklah melakukan semula ujian sekiranya telah tamat tempoh 6 bulan tersebut.
  • Sekiranya keputusan HIV pemohon positif, maka pemohon disaran mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).