Showing posts with label mohon. Show all posts
Showing posts with label mohon. Show all posts

MEMOHON KURSUS PRAPERKAHWINAN

Memohon Kursus PraPerkahwinan Di Wilayah Persekutuan (WP)

Memohon Kursus PraPerkahwinan Di Negeri Selangor 
  • Permohonan boleh dibuat di kaunter Bahagian Undang-Undang Keluarga (Ibu Pejabat) atau Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor. 
  • Borang ini boleh di dapati melalui laman web  JAIS.
  • Bayaran RM80.00 akan dikenakan ketika pendaftaran dilakukan.
  • Kursus Pra Perkahwinan di Selangor diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga dan Pejabat Agama Islam Daerah.

PERMOHONAN SALINAN SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM (HILANG/ROSAK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  1. Dapatkan surat pengesahan daripada syarikat yang menganjurkan kursus PraPerkahwinan yang telah dihadiri. Sekiranya penganjur tidak beroperasi dapatkan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  2. Muat turun Borang Permohonan Salinan Sijil Kursus PraPerkahwinan Islam ( Hilang / Rosak ) di laman sesawang  JAWI
  3. Hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan membawa bersama surat pengesahan atau surat akuan sumpah dan Borang Permohonan Salinan Sijil Kursus PraPerkahwinan Islam ( Hilang / Rosak ) yang telah dilengkapkan.
  4. Bayaran dibuat di kaunter Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  1. Bagi mana-mana peserta yang kehilangan Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam, mereka hendaklah memaklumkan dan memohon kepada penganjur (Bahagian Undang-undang Keluarga/ Pejabat Agama Islam Daerah) yang berkenaan untuk mendapatkan Salinan.
  2. Maklumat berikut perlu diberi kepada penganjur:                           
               a. Nama Peserta
               b. Tempat Kursus Pra Perkahwinan
               c. Tarikh Kursus Pra Perkahwinan
               d. No. Kad Pengenalan
               e. No. Siri Sijil Kursus
  3. Penganjur akan mengeluarkan Surat Pengesahan Kehadiran Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada pemohon.