PERMOHONAN SALINAN SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM (HILANG/ROSAK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  1. Dapatkan surat pengesahan daripada syarikat yang menganjurkan kursus PraPerkahwinan yang telah dihadiri. Sekiranya penganjur tidak beroperasi dapatkan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  2. Muat turun Borang Permohonan Salinan Sijil Kursus PraPerkahwinan Islam ( Hilang / Rosak ) di laman sesawang  JAWI
  3. Hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan membawa bersama surat pengesahan atau surat akuan sumpah dan Borang Permohonan Salinan Sijil Kursus PraPerkahwinan Islam ( Hilang / Rosak ) yang telah dilengkapkan.
  4. Bayaran dibuat di kaunter Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  1. Bagi mana-mana peserta yang kehilangan Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam, mereka hendaklah memaklumkan dan memohon kepada penganjur (Bahagian Undang-undang Keluarga/ Pejabat Agama Islam Daerah) yang berkenaan untuk mendapatkan Salinan.
  2. Maklumat berikut perlu diberi kepada penganjur:                           
               a. Nama Peserta
               b. Tempat Kursus Pra Perkahwinan
               c. Tarikh Kursus Pra Perkahwinan
               d. No. Kad Pengenalan
               e. No. Siri Sijil Kursus
  3. Penganjur akan mengeluarkan Surat Pengesahan Kehadiran Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada pemohon.