SYARAT-SYARAT MENGHADIRI KURSUS PRAPERKAHWINAN

Sebelum melangsungkan perkahwinan, setiap bakal pengantin perlu mengikuti Kursus PraPerkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri atau anjuran syarikat-syarikat yang dilantik oleh Jabatan Agama Negeri.

Kursus PraPerkahwinan di Wilayah Persekutuan

Kursus PraPerkahwinan perlu dihadiri pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, mereka yang dikecualikan daripada menghadiri kursus PraPerkahwinan adalah seperti berikut;
  1. Telah pernah berkahwin;
  2. Telah berumur 45 tahun ke atas bagi lelaki dan berumur 40 tahun ke atas bagi perempuan;
  3. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU);
  4. Warganegara asing

Kursus PraPerkahwinan di Selangor

  1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (KPPI MBKPI) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) hendaklah dikemukakan oleh pemohon semasa membuat permohonan Kebenaran Berkahwin.

       2. Pemohon-pemohon berikut boleh  DIKECUALIKAN daripada menghadiri KPPI :
                 a. Telah pernah berkahwin.
                 b.Telah berumur 45 tahun dan ke atas. 
                 c. Golongan OKU (Orang Kelainan Upaya). 
                 d. Muallaf atau Orang Asli Pribumi. 
                 e. Warganegara Malaysia yang menetap di luar negara. 
                 f. Warganegara Asing.