Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
- Borang permohonan (Borang Permohonan)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak
(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat
perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran
Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu
salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji,
perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan
isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
- Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
- Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.
| Keluarga bercerai. | : | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
| Ahli keluarga telah meninggal dunia. | : | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
| Saudara baru. | : | Satu salinan kad memeluk Islam. |
| Orang Kelainan Upaya. | : | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
| Pengidap sakit kronik. | : | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
| Sedang mengikuti pengajian di IPT. | : | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
| Keluarga bermasalah. | : | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
| Muflis. | : | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter)